Wednesday, 11 March 2009

Mencari maklumat melalui papan penyata







Sudut Bacaan












Aksi murid-murid berlakon




































Pembelajaran ICT di makmal komputer














































Pengumuman

Cikgu Ros telah menaik muatkan beberapa lembaran kerja bagi pelajar-pelajar darjah 3 di Portal sekolah. Pelajar-pelajar boleh melungsuri ke EDP Portal untuk membuat kerja-kerja tersebut.

Mungkin ada yang kurang pasti bagaimana caranya untuk melungsuri ke Portal?
Baiklah, caranya ialah dapatkan lelaman web Endeavour Primary School > Kemudian klik ke EDP Portal > klik kekotak 'Student' > klik kekotak 'Student Resources'.

Kamu akan melihat banyak bahan-bahan daripada guru-guru. Cari bahan yang dicipta oleh Cikgu Rosalina. Kesemuanya ada 5 lembaran kerja yang dimuatkan.

Selamat mencuba!

Selamat Tinggal Penggal 1

Jalan-jalan di pokok sena,

Singgah sebentar di warung Mak Uda;

Selamat tinggal penggal pertama,

Semoga berjumpa di penggal kedua.



Berakhir sudah bahtera pengetahuan murid-murid EDP di penggal pertama.

Saya amat bangga atas prestasi pelajar-pelajar darjah satu dan darjah tiga dalam melayari bahtera pengetahuan ini selama 10 minggu.

Mereka telah meraih banyak pengetahuan, maklumat dan kemahiran dalam pembelajaran.

Saya berterima kasih atas sokongan ibu bapa terhadap keprihatinan anak anda.

Saya berharap ibu bapa akan terus memberikan sokongan kepada anak anda.



Pelajar-pelajar sekalian pastinya telah menimba banyak ilmu selama 10 minggu ini.

Saya pasti pelajar-pelajar akan terus bersemangat dan berusaha lebih gigih di penggal yang akan datang.



Gambar-gambar yang tertera merupakan hasil kerja pelajar-pelajar darjah satu dalam menggunakan kemahiran IT untuk melukis dan menulis.
Pastinya ibu bapa akan berasa bangga atas hasil kerja mereka ini.

Syabas murid-murid!

Salam Sayang,

Cikgu Rosalina